free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Wednesday, October 16, 2013

Post Aidiladha....


Assalamualaikum w.b.t...


Rasanya belum terlambat lagi nak ucapakan....

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Sedikit perkongsian tuk santapan jiwa..

HARI Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, sempena umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah.

Salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu daripada Allah supaya berbuat demikian. Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail.

Selepas mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata:"Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti."
Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya: �Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih". Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih.
Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan: �Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya".

Walau apa pun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya: �Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku."

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat daripada Allah SWT.

SUBHANALLAH....

Moga-moga kisah pengorbanan ini akan terus kita ingat sebagai simbolik sebuah pengorbanan agung buat ALLAH swt..seluruh jiwa dan raga diserahkan demi mengharapakn keredhaanNYA

Semoga sahaja jiwa kita akan terus disinari cahaya keimanan 
 IN SHAA ALLAH...

~Til We Meet Again~
Wassalam(^_^)v
 


 

Monday, October 14, 2013

ALLAH merancang KITA juga merancang...


 Assalamualaikum w.b.t....



Siapa dia...?? MUJAHIDEEN QASSAM.....

Kenapa dia tiba2 muncul dalam hidup aku..??? persoalan...

Persoalanya...aku dan dia sama2 tak tahu..dia tak tahu kenapa dia tergerak hati tuk tiba2 menegur aku..dan aku pon tak tahu kenapa begitu ramah melayani dia...

Okey..yang aku tahu segalanya ini adalah perancangan ALLAH..yang kita sendiri tak tahu apa sebabnya..yang pasti, mesti ada hikmahnya...

PEOPLE COME AND PEOPLE GO.....

Yang ini pon termasuk dalam perancangan ALLAH yang kita tak tahu...tak tahu sebabnya.. ayat ni agak sesuai ..
KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI.. 
rupa2nya hanya seketika..hadir bagaikan angin lalu..
okey..tak tahu kat mana silap dan salahnya..aku sendiri malas nak fikir..sebabnya..aku macam dah lali dengan keadaan seperti ini..
 But..
Aku sangat2 bersyukur ALLAH hadirkan dia walau hanya seketika...aku berjaya membuang satu nama yang dah lama sangat aku nak buang dari hati aku..
alhamdulillah..syukur Ya ALLAH...
 Now...
Nampak kan betapa hebatnya perancangan ALLAH itu...ALLAH merancang KITA juga merancang namun perancanganNYA la yang lebih baik...   

 " terima kasih buat yang hadir itu...semoga ALLAH mempertemukan kita kembali dalam sebuah kesempatan..IN SHAA ALLAH..."

ingat..awak panggil saya CIK SYA..

- Til We Meet Agian -
Wassalam (^_^)v




Wednesday, August 28, 2013

Bubur Durian

Assalamualaikum w.b.t 

Waaa..lamanya tak jengah blog semak ni...ehehee..maap la yee..sy agak busy lately mengatur hidup yg agak tunggang langgang *hamboihhhh...

Ok..seperti TAJUK BESAR diatas *tu..diaaa..arini nk share resepi laa..baru dbuat semalam..hehehehe..cekedout!!

Swicth on the light..apron siap dibadan..



1st of all..kecurkan ayaq liur tgk rupenye dl yeeee...hehehe

cekedot bahan2nya plak...

  • Durian - ikut suke la nak brapa biji pon..yg penting amik isi ja k..hehe

  • Satan - agak2 je la k..klu nk buat byk buh la byk...lg sedap pkai santan pure la                  bkn dlm kotak..lebih lemak berkrim gtuuuu...

  • Daun pandan - tuk bagi wangi jaa..xyah la ltk byk2..2helai pon ckup...
  • Gula & garam - secukup rasa..klu suka manis buh la byk2..hehe 
 cara membuatnye....
  
  • 1stly mst la kena asingkan isi durian dr kulitnya..xkan nk masuk ngn kulit skali kn..hehhe
  • Perah santan cm biasa ya..tuk dapatkan hasil santan yg mmg umpphh..sy syorkan anda gunakan blander..bland je kelapa tu then tapis tuk dptkn santan..buat la smpai 2x pon xpaaa...sure santan yg korang dpt tu lebih bermutu..*ececeh...huhu
  • ok..dah ada semua..masuk skali semua lam periuk k..pastu p la masak atas api..jgn lupa masukkn daun pandan tu.. gula n garam secukup rasa..masak smpau mendidih..
Taaadaaaaa....siap sudah....boleh dihidangkan bersama roti ataupon pulut..*bkn pulut kuning tau..ekekeke
Apa lagi...!!
Bismillahirahmanirahim...  
selamat mencuba...

~Til We Meet Again~
Wassalam(^_^)v

   

 

Friday, August 9, 2013

Salam Lebaran Diperantauan

Assalamualaikum wbt...


Hikmah Ramadhan itu mengajar erti ketakwaan insan
Hikmah Syawal itu mengajar erti kesyukuran sebagai Khalifah

Syukur alhamdulillah bertemu lagi Syawal yang mulia..sayunya hati tuk meninggalkan Ramadhan penuh keberkatan..buat diri ini Ramadhan kali ini memang banyak membawa erti. Pelbagai dugaan dilalui..namun syukur alhamdulillah ALLAH meminjamkan kekuatan dan kesabaran tuk melaluinya..
Terima Kasih ALLAH...

Okeyy..lets story mory about MY Hari Raya..

This years dah masuk 2nd time saya beraya di perantauan *walaupon hanya kt Sabah..perantauan gak kan...hikhikhik....ok..memang sgt mencabar emosi la bila terpaksa beraya ditempat orang and jauh dari family plus kena bertugas lagi di hari raya...huhuhu..sodih!
 .....Tapi.....
Ni la pengalaman hidup namanya..ALLAH nak saya blaja jd lebih kuat..hehehe.. This year feeling raya agk kurang and badan pon kurang sihat..namun hari raya tetap dirai dgn penuh kesyukuran...Alhamdulillah....kami tetap beraya walau xsama2 family*baju raya standby lam kereta..raya sakan ok! hehehe..ok laa...xda apa2 kot..semua sama jaaaa..kampung halaman or perantauan raya tetap raya..yg beza cuma tempat dan orang2 disekeliling kita..hehe

Ehemmm...ehemmm..so dengan ini saya nak bagi ucapan sikit... (^_^)

Khas buat keluarga tercinta dan sanak saudara di Johor, family di Selayang, sahabat2..
Ampun dan maaf dipinta atas segala kekhilafan samada yg disengajakan ataupon tidak, minta dihalalkan segala yang diberi..semoga lebaran ini ALLAH berikan kebahagian buat kalian..saya sayang semua..

SALAM EID MUBARAK

Dari kejauhan..Negeri Di Bawah Bayu

~Til We Meet Again~
Wassalam(^_^)v

 
 

Wednesday, August 7, 2013

A Lovely Inspirational Story


...Assalamualaikum wbt...

...This is a lovely inspirational story...

Enjoy all...maybe its can be our story too.. (^_^)

When  my father proposed to my mother..He dedicated Surah Al-Imran, which he memorized off heart, as her Mahr (dowry)..


And when my husband proposed to me, my father told him that he would have to memorize a Surah of Quran as my mahr.. The wedding will not go on unless i've received my mahr.

I was asked to pick one of the surah's.. I choose Surah An-Nur.. For all the laws that Surah contained within it and for the fact that it seemed hard to memorize on my behalf.

And before our wedding day. Aside of being busy preparing for our " Newly wedded Nest ".. The Quran wouldn't leave my husband's hand an entire month as he was memorizing the Surah.

A few day before our wedding day, my husband came to recite to my father the Surah which he had completed.

My father told him every time you make a  mistake, you would have to start from the beginning all over agian.

My husband began reciting Surah An-Nur with his calm and gentle voice in such a beautiful scene which i will never forget. My mother and I would look at one another and would smile awaiting my husband to make a mistake so he would have to start all over again and by that increase my 'reward'.

But my husband - May ALLAH bless him - had memorized the Surah off heart and didn't even forget one single verse of it.

Once he finished my father hugged him and said to him : " Today i shall marry my daughter to you coz you have fulfilled her mahr..and your pledge to me.."

He didn't pay me a financial mahr..and we didn't buy gold worth tens thousands..
He sufficed me with ALLAH's words as an oath and contract between us.. 
-By : Hiba Ammar-

Now I wonder...what Surah I will choose as my mahr in future???? 

" Bukan wajah jadi pengukur..bukan harta jadi sandaran...tetapi janji tuk bersama hingga ke Jannah itu yang diharapkan"
~MyQoutes~

- Til We Meet Agian -
Wassalam (^_^)v



Monday, August 5, 2013

Kisah Cinta Perlukan Masa


Kisah cinta perlukan masa...dan jarak itu bukan menghukum tetapi memberi ruang untuk rindu mengisi waktu..kerana kelak pada masanya ALLAH akan temukan siapa pemilik hati ini..

Cinta perlukan keyakinan  dan aku yakin!!

Jujurnya saya punya kisah sedih, gembira , harapan dan impian tentang sebuah kehidupan..bukan sekadar coretan tetapi suratan yang tertulis buat diri ini dari Illahi...

' usah letak tanda soal dimana ALLAH SWT sudah meletakkan tanda nokhtah..'
~Pinjaman kata ..Mohd Aidil Bin Sahipaludin~

DIRIMU SEBAGAI PINJAMAN

Langit tak selalunya cerah...begitulah kisah saya dan dia...takdir ALLAH menberikan nokhtah disitu buat kami..

......namun......

kerana keyakinan pada Rabbku..akan saya jaga hati ini, akan saya perbaiki diri ini ..bukan untuk menjadi seorang pencinta tetapi murabbi pada daerah hati sendiri. Agar bila saya jatuh, saya mampu untuk bangkit semula dan bila saya sedih saya masih mampu mengukirkan senyuman...

DIA YANG ADA DIHATIKU

walau jarak memisahkan..saya akan sentiasa mendoakan awak..menyimpan perasaan terhadap awak, menyediakan diri, mempersiapkan diri dan sentiasa yakin..ada masa paling tepat untuk kita..yang entahkan bila..namun saya yakin.

" Apa yang ditinggalkan kerana ALLAH, pasti bertemu kemanisan.. Apa yang dilakukan kerana ALLAH pasti bertemu ganjarannya"

- Til We Meet Again -
Wassalam(^_^)v


Sunday, August 4, 2013

Pengajaran Yang Tak Di Sangka....

Assalamualaikum wbt....
As usual melayani kerenah pesakit saban hari..banyak menguji kesabaran hati.. kadang2 blh menghilangkan kesabaran..tapi inilah pilihan saya..so moral..kerjalah dengan ikhlas dan senyuman... ^_^
Nak dijadikan cerita..1 of my patient was in induction labour..so mmg xterkata la sakitnya when kna paksa bersalin kn...so she crying, tb2 dia rasa susah nk bernafas..saya pon berlari la p tmpt dia..check all ok jgk..then kakak patien ni pon cerita kat saya..actly dia stress cz fikir dia pnya baby yg bakal dilahirkan is premature baby..so many risk are there..hati ibu kan...sgt halus.. dari dalam kandungan lagi dia dh mula risaukan anak2nya..T_T

Sambil2 saya obserb patient ni sambil2 la saya dengar kakaknya tu tenangkan dia..rupa2nya kakaknya ni mengidap lung cancer stage 4 sudah..tersedak saya mendengar..klau tengokkan keadaan dia sangat sihat..then,saya ringankan mulut untk bertanya..

"akk,ada cancer..?tapi akk nmpk sgt sihat.."

akak tu jawab...

"setiap yang terjadi dalam hidup kita, semua ALLAH dah tentukan..hanya 1 ja yang boleh buat kita bahagia tanpa memikirkan apa yang kita alami..redha dengan setiap ujian yang diberikan olehNYA"

hampir2 saja aku menitiskan air mata..sebegitu tabahnya hatimu kak..kuatnya dirimu menerima takdir yang ALLAH berikan..saya mula terfikir dan menilai diri saya yang kadangkala lemah dengan apa yang ALLAH berikan...Subhanallah...

hanya dengan sebaris ayat yang diucapkan dengan tenang mampu membuat hatiku terusik...Ya ALLAH...besarnya kuasaMU...

' Setiap yang berlaku dalam hidup kita telah ALLAH tentukan dengan sebaiknya..kita sebagai hambaNYA harus redha dan menerima segalanya dengan tenang..hadapi dengan hati yang terbuka kerana kita tak tahu apakah hikmah yang tersembunyi disebalik ujian yang diberi..yakinlah dengan janji ALLAH...'
La Tahzan Innallaha Ma'ana..jangan bersedih ALLAH sentiasa bersama kita..
Salam Ukhwah Fillah...

- Til We Meet Again -
Wassalam(^_^)v