free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, August 5, 2013

Kisah Cinta Perlukan Masa


Kisah cinta perlukan masa...dan jarak itu bukan menghukum tetapi memberi ruang untuk rindu mengisi waktu..kerana kelak pada masanya ALLAH akan temukan siapa pemilik hati ini..

Cinta perlukan keyakinan  dan aku yakin!!

Jujurnya saya punya kisah sedih, gembira , harapan dan impian tentang sebuah kehidupan..bukan sekadar coretan tetapi suratan yang tertulis buat diri ini dari Illahi...

' usah letak tanda soal dimana ALLAH SWT sudah meletakkan tanda nokhtah..'
~Pinjaman kata ..Mohd Aidil Bin Sahipaludin~

DIRIMU SEBAGAI PINJAMAN

Langit tak selalunya cerah...begitulah kisah saya dan dia...takdir ALLAH menberikan nokhtah disitu buat kami..

......namun......

kerana keyakinan pada Rabbku..akan saya jaga hati ini, akan saya perbaiki diri ini ..bukan untuk menjadi seorang pencinta tetapi murabbi pada daerah hati sendiri. Agar bila saya jatuh, saya mampu untuk bangkit semula dan bila saya sedih saya masih mampu mengukirkan senyuman...

DIA YANG ADA DIHATIKU

walau jarak memisahkan..saya akan sentiasa mendoakan awak..menyimpan perasaan terhadap awak, menyediakan diri, mempersiapkan diri dan sentiasa yakin..ada masa paling tepat untuk kita..yang entahkan bila..namun saya yakin.

" Apa yang ditinggalkan kerana ALLAH, pasti bertemu kemanisan.. Apa yang dilakukan kerana ALLAH pasti bertemu ganjarannya"

- Til We Meet Again -
Wassalam(^_^)v


No comments:

Post a Comment