free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Wednesday, October 16, 2013

Post Aidiladha....


Assalamualaikum w.b.t...


Rasanya belum terlambat lagi nak ucapakan....

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Sedikit perkongsian tuk santapan jiwa..

HARI Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, sempena umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah.

Salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu daripada Allah supaya berbuat demikian. Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail.

Selepas mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata:"Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti."
Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya: �Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih". Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih.
Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan: �Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya".

Walau apa pun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya: �Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku."

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat daripada Allah SWT.

SUBHANALLAH....

Moga-moga kisah pengorbanan ini akan terus kita ingat sebagai simbolik sebuah pengorbanan agung buat ALLAH swt..seluruh jiwa dan raga diserahkan demi mengharapakn keredhaanNYA

Semoga sahaja jiwa kita akan terus disinari cahaya keimanan 
 IN SHAA ALLAH...

~Til We Meet Again~
Wassalam(^_^)v
 


 

Monday, October 14, 2013

ALLAH merancang KITA juga merancang...


 Assalamualaikum w.b.t....



Siapa dia...?? MUJAHIDEEN QASSAM.....

Kenapa dia tiba2 muncul dalam hidup aku..??? persoalan...

Persoalanya...aku dan dia sama2 tak tahu..dia tak tahu kenapa dia tergerak hati tuk tiba2 menegur aku..dan aku pon tak tahu kenapa begitu ramah melayani dia...

Okey..yang aku tahu segalanya ini adalah perancangan ALLAH..yang kita sendiri tak tahu apa sebabnya..yang pasti, mesti ada hikmahnya...

PEOPLE COME AND PEOPLE GO.....

Yang ini pon termasuk dalam perancangan ALLAH yang kita tak tahu...tak tahu sebabnya.. ayat ni agak sesuai ..
KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI.. 
rupa2nya hanya seketika..hadir bagaikan angin lalu..
okey..tak tahu kat mana silap dan salahnya..aku sendiri malas nak fikir..sebabnya..aku macam dah lali dengan keadaan seperti ini..
 But..
Aku sangat2 bersyukur ALLAH hadirkan dia walau hanya seketika...aku berjaya membuang satu nama yang dah lama sangat aku nak buang dari hati aku..
alhamdulillah..syukur Ya ALLAH...
 Now...
Nampak kan betapa hebatnya perancangan ALLAH itu...ALLAH merancang KITA juga merancang namun perancanganNYA la yang lebih baik...   

 " terima kasih buat yang hadir itu...semoga ALLAH mempertemukan kita kembali dalam sebuah kesempatan..IN SHAA ALLAH..."

ingat..awak panggil saya CIK SYA..

- Til We Meet Agian -
Wassalam (^_^)v